

TENTANG SAYA
Kehidupan awal abg bestz
Abg bestz mula belajar magic dari buku PANDUAN MATEMATIK UNTUK SEKOLAH RENDAH & PERMAINAN SILAP MATA ketika berumur 7 tahun.
​
Beliau mula menceburi dalam bidang silap mata ketika berumur 15 tahun dan telah menyambung pembelajarannya di "THE IS MAGIC STUDIO" di Seremban.
​
Pada mulanya silap mata hanya sebagai hobi tapi lama kelamaan menjadi minat dalam diri beliau.
Petunjukan pertama beliau adalah di rumah jiran ketika sambutan hari jadi anak jirannya. Beliau juga telah menunjukkan bakat yang ada di sekolah iaitu beliau mula membuat street magic di dalam sekolah tapi telah diketahui oleh gurunya kerana membawa 'daun terup'. Selepas kejadian tersebut gurunya telah melihat bakat yang ada pada dirinya dan telah memberi peluang untuk beliau menunjukkan bakat di atas pentas. Itulah kali pertama beliau membuat magic pentas. Setelah itu pengetua sekolah beliau yang bernama Encik Ramli telah menilai dan melihat potensi yang ada pada diri beliau dalam silap mata telah membuka peluang beliau untuk terus kehadapan. Encik Ramli telah mengajak beliau untuk membuat pelbagai silap mata di hotel hotel yang ada di Port Dickson.


MAGIC VIDEO


Beliau juga telah menerima pelbagai sijil dan anugerah dalam bidang silap mata dari serata dunia.
​
Pada tahun 2017, beliau telah mendapat award malaysia book of record ( 34 non stop busking performance ) bersama pasukannya.
![IMG_4162[1].PNG](https://static.wixstatic.com/media/972cc5_d608c869c67647fe8795860c36bc3040~mv2.png/v1/crop/x_0,y_4,w_851,h_1141/fill/w_448,h_601,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/IMG_4162%5B1%5D_PNG.png)
Apabila tamat alam persekolah pada usia 17 tahun beliau telah membuat busking magic dan clown di hadapan sogo. Beliau telah terkenal dengan gelaran badut seiklas hati. Dari situlah bermulanya kerjaya beliau dalam bidang silap mata dan telah mendapat pelbagai jemputan di rumah orang, Mall dan Expo. Sehingga sekarang beliau telah membuat lebih dari 500
persembahan di malaysia & luar negara
​


![IMG_3927[1].PNG](https://static.wixstatic.com/media/972cc5_e0edab5cf0db4923a31c9df38ab10eab~mv2.png/v1/crop/x_143,y_192,w_1098,h_1431/fill/w_446,h_581,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/IMG_3927%5B1%5D_PNG.png)
Pada tahun 2017 juga beliau telah mendapat perhatian ramai dalam video silap matanya & mendapat lebih dari 1 juta tontonan dalam laman sosial iaitu instagram dan terkenal dengan gelaran raja silap mata di laman instagram oleh pengikutnya
Pada tahun 2018 beliau telah mendapat award bakat terbaik seniman jalanan dari YB Datuk Mohamaddin Bin Ketapi ( Menteri Pelancongan,Seni dan Budaya)
​
Pada tahun 2018 juga beliau telah menjadi tenaga pengajar dalam bidang silap mata di dalam program Volunteer Malaysia
​
Pada tahun 2019 adalah tahun yang sangat bertuah kerana telah diberi rezeki yang tidak disangka kerana beliau pertama kalinya membuat konsert bersama ahli silap mata terkenal di serata dunia yang telah dihadiri oleh tengku mahkota kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra (Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra) & isteri beliau.
​
Pada tahun 2019 juga Abg Bestz mendapat sekali lagi Malaysia Book Of Record di KWC Centre, Kuala Lumpur.
​
​


pada tahun 2021 Abg Bestz adalah Magician pertama Malaysia yang berjaya mendapat 1 juta pengikut di media sosial TikTok & tersenarai Top 1000 TikTok Influencers In Malaysia. Nama Abg Bestz tersenarai TOP 20 mengikut kajian laman web hypeauditor.com
Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. pada tahun 2022 Abg Bestz menang pertandingan terbitan Astro iaitu
123 glamour
​
